Ketidaksempurnaan Itu Adalah Kesempurnaan Seorang Manusia

by -184 views
Ketidaksempurnaan Itu Adalah Kesempurnaan Seorang Manusia
Jatinangorku.com – Setengah orang gembira (malah ramai yang gembira sebenarnya), tapi sesetengah yang lain merungut dengan hati, menangis dengan kejadian dan hilang dalam pejam. Dan yang sedih itu, bagi aku, lebih signifikan dari yang ramai.

Antara 2 (dari berjuta) perkara pembawa sedih dalam hati manusia.

Perkara pertama.

Manusia itu tak kan pernah sempurna. Baik dalam menunaikan tanggungjawabnya, mahupun dalam berlaku adil dengan hidup dan dirinya sendiri.

Manusia itu sendiri diciptakan untuk bergantungan, jadi dalam tak sedar hidup ini takkan pernah penuh tanpa ada perkongsian dan perkongsian itu takkan pernah lengkap tanpa adanya penerimaan ketidaksempurnaan si pasangan.

Tapi, apakah salah mereka yang berdegil juga mencari kesempurnaan itu?

Bagi aku, selagi mana hati mereka gagal mengakui ke tidak sempurnanya kejadian, selagi itu mereka akan gagal dan terus sesat.

Pada mereka yang mencari sempurna (sebagai contoh) akan gagalah menilai manisnya pasangan yang digandingkan dengannya; terjadilah persengketaan hati dan perbalahan emosi. Bercerai simpulan janji hidup bersama, runtuh gulungan emosi yang dijinjing tinggi, malahan akan lebih teruk; hilang jiwa insan dalam pejamnya.

Jadi bagaimana? Baliklah pada pangkal kejadian kita. Percaya hanya Allah yang sempurna. Buat sehabis baik dalam tiap perhubungan; selebihnya pulangkan pada Allah; Kerana Allah itu Maha Mengetahui.

Gambar asal dari cisdel.com.

Perkara kedua.

Aturan keutamaan manusia pada kehendak dan bukan pada keperluan. Hendak hati mahukan gunung, tapi hanya dapat bukit. Hendak hati mahukan juta, tapi satu pun tiada. Jadi mahu salahkan siapa? Paling baik, bersyukur dengan apa yang ada, kerana apa yang dikurniakan itu (ada atau tiadanya itu tetap satu kurniaan) adalah satu ‘ujian’ dari Allah untuk tingkatkan hati dan roh iman kita. 

Hati hendak-kan sahabat yang mendengar, tapi Allah duga kita dengan sahabat yang mengecewakan. Tapi yakin, Allah simpankan kita sahabat yang lebih baik, yang lebih aman untuk naluri kita, yang tidak kita teridamkan; hanya roh yang tawakal akan ketemuinya.

Hati inginkan kejujuran, tapi Allah duga kita dengan kecurangan. Tapi yakin, Allah dah simpan kejujuran yang lagi besar; yang mana hanya sabar hati akan melihatnya kelak.

Aku ini hanya makhluk, dan Allah itu Maha Satu. Aku hanya mampu pulang pada-Nya.

Dan aku mahu pulang dengan senyuman.

Amin

Sumber : http://aj-nismihan.blogspot.com